Jumaat, 5 Disember 2014



"TONGKAT  ALI"
Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia.Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.[1]
Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalahsyahwat.
Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.
Tongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan hujan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.
Dalam keadaan semula jadinya di hutan, tongkat ali tumbuh dengan kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur dengan kelebaran di antara dua cm dan tiga cm, dan panjang di antara lapan cm dan 10 cm. Daunnya tersusun secara berpasangan pada satu tangkai dengan panjang hingga 100 cm. Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun yang tersusun secara pilin, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepalakurapdisentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.[2]
Tongkat ali dijual dalam pelbagai ratio hasilan, dengan 20:1, dan 100:1. Secara tradisi hasilan tongkat ali diambil dengan menggunakan air dan bukannya ethanol. Laporan toxikologi telah membuktikan bahawa tongkat ali hasilan air adalah selamat. Sesetengah pengilang mungkin memilih bagi menggunakan ethanol bagi menghasilkan lebih banyak sebatian aktif. Bagaimanapun, jika pengilang mendakwa menghasilkan lebih 200:1 hasilan, pastikan anda meminta laporan toxikologi untuk memastikan ia selamat digunakan.British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan ciri-ciri anabolik pada tongkat ali. Bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan. Sesetengah atlet dan bina badan kini menggunakan hasilan tongkat ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.
Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides. Eurypeptides adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam tongkat ali. Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasilan tongkat ali mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain. Sesetengah syarikat mungkin menambah sehingga 75% pengisi dan hanya 25% hasilan sebenar.
Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

E-voucer penginapan

azmifrogman@gmail.com wassup @ call - 01125483624 Dapatkan E-voucer ni .... Diskaun gila gila.. harga adik beradik ada 5 keping je lag...