Rabu, 6 Ogos 2014

Cebisan herba pokok asam batu di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi Khasiatnya!!!!!!

Nama Botani : Begonia sp.
Famili : Begoniaceae

Pokok asam batu atau lebih dikenali dengan nama begonia merupakan tanaman hiasan daripada divisi Magnoliophyta. Begonia merupakan spesis berbunga dalam famili Begoniaceae. Terdapat lebih 1500 spesis pokok begonia di seluruh dunia. Ianya boleh dibezakan melalui bentuk daun, corak dan warnanya.


Selain ditanam sebagai pokok hiasan, begonia juga mepunyai khasiat perubatan. Ia boleh digunakan untuk mengubati luka kecil kerana pokoknya mengandungi saponin. Ada spesis begonia ini digunakan untuk  menurunkan panas badan. Batang pokok ini mengandung polifenol dan flavonoida. Daun begonia glabra yang segar dibersihkan dan ditumbuk sehinnga lumat digunakan untuk merawat luka kecil. Gunakan daun begonia glabra yang ditumbuk lumat untuk dibalut pada luka. Pokok begonia fimbristipulata pula boleh meredakan demam. Seluruh bahagian pokok dibersihkan dan direbus. Setelah sejuk, air rebusan tersebut ditapis dan diminum. Ia dipercayai dapat menurunkan panas badan akibat demam dan mengawal kandungan gula dalam darah.

E-voucer penginapan

azmifrogman@gmail.com wassup @ call - 01125483624 Dapatkan E-voucer ni .... Diskaun gila gila.. harga adik beradik ada 5 keping je lag...