Khamis, 15 Mei 2014

Sedikit perkongsian herba tepi jalan....


Tumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna hijau. Tingginya men­capai 
0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil berwarna hijau hingga hi­tam, dan berasa masam .
Pokok ini mudah tumbuh di halaman rumah, tepi jalan dan padang.


Kegunaan dan khasiat
Seperdu pokok belimbin
g tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me­nyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah J
antung serta dapat menghilangkan da­haga.Buah belim­bing tanah yang segar boleh di­makan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Buah yang hitam didapati le­bih berkesan.

Isnin, 5 Mei 2014

Sedikit perkongsian mengenai MADU LEBAH.


















MADU LEBAH
Perkara yang PALING PENTING tentang pengambilan bancuhan madu lebah:

1. Jika ini ialah pertama kali anda ingin mengamalkan minum madu lebah, cara terbaik ialah dengan mencubanya sedikit demi sedikit, terutamanya bagi kanak-kanak.   Ini kerana, bagi sesetengah orang, mereka mengalami alahan/healing crisis yang agak teruk/'acute', contoh, seorang penghidap asma, terus akan terbatuk-batuk yang 'acute' dalam masa 5 minit selepas minum bancuhan madu lebah.  Extra pre-caution adalah sangat-sangat, sangat-sangat penting jika anda memberi kepada anak anda.  Bagi saya, ini adalah penting kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat memberitahu anda apa yang mereka rasa dengan tepat.  Dibimbangi, mereka mendapat alahan yang teruk terhadap madu lebah dan anda gagal mengesan alahan mereka.

Apa yang selalu saya pesan ialah, untuk mereka yang kali pertama ingin mencuba madu, saya cadangkan untuk mereka cuba minum sekali sehari, sekurang-kurangnya untuk 3 hari pertama dan lihat bagaimana reaksi badan mereka.

Ini kerana, jika tujuan pengambilan madu lebah ialah sebagai penyembuh asma/lelah/semput, pesakit sepatutnya mengambil madu lebih kerap dalam sehari.  Tetapi, saya tekankan di sini, untuk kebaikan, untuk 3 hari pertama, ambil sekali sehari sahaja.  Jika tiada masalah, untuk 3-4 hari selepas itu, bolehlah dikerapkan pengambilan kepada 2 kali sehari.  Jika perlu, selepas 1 minggu pengambilan, anda boleh makin kerapkan hingga 3 kali sehari.

2. Bagi seseorang yang mengalami alahan terhadap madu lebah, apa yang mereka patut lakukan ialah mereka sepatutnya mengambil madu lebah sedikit demi sedikit.  

Ini kerana, sistem badan berupaya membina sistem pertahanan badan (immune system) untuk melawan alahan yang disebabkan madu lebah.  Sama seperti cara vaksinasi berjalan iaitu dalam proses vaksinasi, virus yang lemah dan hampir mati disuntik ke dalam badan untuk menjadi 'musuh' yang 'menggerak'kan sistem pertahanan badan mencipta antibodi yang melawan virus-virus yang lemah tadi, maka, pengambilan madu sedikit demi sedikit juga membuatkan sistem pertahanan badan bekerja dengan cara yang sama.   

3. Secara amnya, untuk 'minum' madu lebah, anda mesti CAIRKAN madu lebah. 'Cairkan' bermaksud mencampurkannya dengan air pada suhu bilik atau sedikit suam (suam di sini bermaksud suam yang paling minimum), atau campurkan dengan perahan/bahan lain seperti perahan limau (untuk sakit tekak atau batuk), atau cairkan dengan mengemam madu di dalam mulut hingga madu bercampur dengan air liur dan barulah ditelan (amalan buat perempuan yang susah mengandung).

Untuk pengetahuan anda, sunnah Rasulullah s.a.w ialah  minum air madu lebah.  

Secara saintifik, menurut seorang pensyarah/Dentist di HUSM Kubang Kerian , satu ujikaji ke atas sel-sel manusia yang dijalankan di HUSM mendapati cairan madu lebah (dengan kuantiti yang telah dikenalpasti) memberikan hasil yang lebih baik berbanding hasil penggunaan madu yang tidak dicairkan.  Di dalam ujikaji itu, tindakbalas madu yang pekat ke atas sel-sel menyebabkan sel-sel itu mati, berbanding cairan madu (dengan air) lebih menyuburkan sel-sel itu. 

4. Selepas minum bancuhan madu lebah, seboleh-bolehnya, JANGAN makan atau minum apa-apa langsung selama dua jam.

Menurut seorang doktor moden, di dalam bukunya, "MADU LEBAH Ubat yang turun bersama Wahyu", Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib, demikian ialah cara pengambilan madu.

Mengikut pengamalan saya, minuman madu lebah ialah minuman yang pertama masuk ke dalam perut saya setiap pagi.  Dan saya tidak makan/minum apa-apa buat kira-kira dua jam.  Setakat ini, alhamdulillah, saya boleh bertahan dan tidak mendapat mudarat.

5. Jika anak anda baru belajar mengamalkan minum bancuhan madu, dan anak anda masih lapar dan mahu makan/minum apa-apa sebelum cukup dua jam, cuba latih anak-anak anda secara perlahan-lahan untuk menahan diri.  Don't stress both yourselves jika anak anda mahu terus makan sesuatu yang lain.  

Fikirkan begini: Sekurang-kurangnya, anak anda sudah mula mengambil madu, berbanding sebelum ini, mereka langsung tiada agen penyembuh di dalam badan mereka.  Later on, ada banyak ruang untuk anda 'berkempen' kepada mereka tentang pengambilan madu sebagai penawar kepada masalah kesihatan mereka.  Jangan cipta ruang permusuhan antara mereka dan madu.  Contoh: madu ialah penyebab ibu marah pada mereka pada waktu pagi (kerana mereka tidak mahu minum dan menahan diri selepas itu).

Apa yang penting, anda sendiri tunjukkan kepada mereka yang anda sendiri 'walk the talk', dalam hal ini, anda minum madu setiap hari.  (Jangan hanya suruh anak minum tetapi anda sendiri tidak minum.) Anak-anak saya juga ada masa-masanya menolak untuk minum bancuhan madu.  Saya tidak memaksa, tetapi apabila saya minum, saya akan bertanya jika mereka mahu.  Disebabkan tiada 'permusuhan' antara anak-anak dan madu lebah, ada masa-masanya mereka mahu.  Apabila mereka selsema atau batuk, memang saya pesan supaya mereka minum madu lebah lebih kerap.

6. Jika anak anda tidak mahu minum air bancuhan madu, anda boleh bancuhkan madu ke dalam minuman mereka yang lain, tetapi, pastikan yang anda campurkan madu selepas minuman itu mencapai suhu 'boleh minum', bermakan tidak terlalu sejuk atau panas.  Sesetengah ibu berkata yang anak-anak mereka hanya minum susu atau milo, dan sebagainya, jadi, campurkan madu kedalam minuman mereka selepas minuman itu tidak terlalu panas.  Ini kerana, khasiat madu akan musnah jika suhu melampau.  Menurut sebuah buku, madu tidak elok dicampur dengan air sejuk (seperti air berais). 

Ahad, 4 Mei 2014

SAMBAL HITAM PAHANG                                                 
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan  kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.
Secara amnya, daun pokok belimbing buluh ini mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.
Di kawasan Pantai Timur, buahnya dicampur ke dalam kuah nasi dagang untuk menyedapkan rasa. Buah belimbing buluh ini juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan sebagai alternatif dalam menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.
Air belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Untuk menyembuhkan batuk, daun, bunga dan buah belimbing buluh direbus dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.

Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing

E-voucer penginapan

azmifrogman@gmail.com wassup @ call - 01125483624 Dapatkan E-voucer ni .... Diskaun gila gila.. harga adik beradik ada 5 keping je lag...