Jumaat, 18 April 2014

kisah kekabu

KEKABU
Nama botani untuk kekabu ialah Ceiba pentandra. Famili atau keluarga kekabu ialah Bombacaceae. Kekabu juga disebut sebagai kapuk. Pokok kekabu berasal dari bahagian tropika benua Amerika dan tidak tumbuh liar di Malaysia. Di dalam hutan Malaysia ada kekabu hutan tetapi dinamakan Bombax,bukan Ceiba. Pokok kekabu memang dikenali oleh penduduk Malaysia,terutamanya bagi penduduk luar bandar. Hasil daripada pokok kekabu ialah serabut yang juga disebut sebagai kapuk. Kapuk digunakan untuk membuat bantal, tilam, kusyen, jeket pengapung dan sebagainya.
Pada masa sekarang kekabu tidak digunakan untuk tujuan tersebut kerana telah diambil alih oleh getah dan polisterin. Pokok kekabu dapat mencapai ketinggian 30m di Malaysia tetapi dapat mencapai sehingga 40m di benua Amerika. Bahagian batang pokoknya lebih gemuk kerana ia berdekatan dengan tanah manakala bahagian tengah pula berbentuk tirus dan bulat,dahan pula tumbuh secara mendatar dan tersusun bertingkat-tingkat. Daunnya tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak. Bunganya berukuran 4cm lebar,bewarna putih kekuningan,mempunyai bentuk yang cantik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting. Bunga kekabu kembang lebih kurang 20 minit,bunga yang berbau susu ini dipolinasikan oleh kelawar dan keluang pada waktu malam. Buahnya dapat mencapai 15cm panjang atau lebih,tergantung seperti timun pada hujung ranting.

Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. Buah ini terbahagi kepada 5 bahagian. Buahnya akan mencapai saiz maksimum dalam masa 30 hari tetapi mengambil masa tiga bulan untuk masak. Pokok kekabu sesuai dalam cuaca jenis monsun,iaitu bermusim kemarau dan tengkujuh yanh nyata. Di Semenanjung Malaysia,pokok kekabu paling banyak terdapat dinegeri Perak dan tidak banyak terdapat dibahagian selatan Semenanjung. Pokok kekabu banyak ditanam di India,Myanmar,China,Indochina dan Asia Tenggara. Pda masa penjajahan Belanda,pokok kekabu ditanam dalam barisan di tepi jalan dan dijadikan sebagai tiang untuk talian telefon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

E-voucer penginapan

azmifrogman@gmail.com wassup @ call - 01125483624 Dapatkan E-voucer ni .... Diskaun gila gila.. harga adik beradik ada 5 keping je lag...