Sifat Tumbuhan:
Rasa sedikit masam-masam payau; sejuk.
Fungsi barat (Western Functions): Anti-radang, hemostatic; mengurangkan
kebengkakan, mempercepatkan penyembuhan.
Fungsi bertenaga (Energetic Functions): Membersihkan haba dan toksin,
membersihkan haba dan menyejukkan darah, mencergaskan darah (invigorates
blood).
Bahagian yang
digunakan: Keseluruhan pokok.
Tidak ramai yang sedar akan khasiat tumbuhan ini, am nya di
Malaysia. Setawar merupakan sejenis tumbuhan herba dari kategori Crassulaceae
dan nama latinnya ialah Kalanchoe pinnata, tetapi di Jawa ianya dikenali
sebagai “tiba urip”. Daun setawar dipercayai mengandungi banyak kandungan
saponin iaitu sejenis bahan berkhasiat yang mudah larut dalam air dan membentuk
larutan sabun. Selain itu, daun ini juga mengandungi flavonoid dan tanin.
Inilah yang membuatkan tumbuhan ini digunakan untuk merawat penyakit buasir.
Terbukti secara saintifik ia dapat membantu mencegah kanser. Selain itu ia juga
mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan
terutamanya pada kulit.
Daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk
merawat gangguan perut. Setawar (Kalanchoe pinnata) kerap dirujuk sebagai
tumbuhan udara (air plant). Walaupun
tidak secara umum digunakan dalam perubatan di
Amerika, tetapi ia digunakan untuk pelbagai kegunaan perubatan di
seluruh kawasan tropika di mana ia tumbuh secara semulajadi. Daun setawar
(parnabija) mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam perubatan Ayuveda dan digunakan untuk
tujuan perubatan kedua-duanya, dalaman dan luaran. Daun memiliki sifat-sifat
merawat pelbagai seperti haemostatic,
penyejuk (refrigerant), kepedihan kulit
(emollient), pelekat (mucilaginous), pengubat luka (vulnerary), pembersih
kotoran (depurative), anti-radang
(anti-inflammatory), jangkitan (disinfectant), dan tonik. Ia juga berguna dalam keadaan ketidak
seimbangan (vitiated) Vata dan pita, terhiris
dan luka, buasir (hemorrhoids),
masalah haid (menorrhagia), perubahan warna kulit, bisul, pembengkakan
ulser (sloughing ulcers), masalah mata
(ophthalmic), terbakar, melecur (scalds), berbintik (corn), cirit-birit,
disentri, muntah-muntah dan radang akut.
Spesies ini pada
mulanya ditemui di Afrika, Madagascar, China, dan kepulauan Jawa. Pribumi setempat telah menggunakan tumbuhan
ini sebagai ubat selama bertahun-tahun lamanya. Manakala di Malaysia dan
Amerika Syarikat, tumbuhan ini banyak tumbuh sebagai tumbuhan perhiasan dan
bukan bertujuan sebagai perubatan. Nama
botani kalanchoe (Kalanchoe pinnata). Orang Bahamians memanggilnya sebagai
“Daun hidup” atau Ploppers. Di Bahamas tumbuhan ini digunakan untuk merawat
penyakit Asma atau sesak nafas. Daun tumbuhan ini akan dilumatkan dan direndam
didalam air semalaman. Pada Keesokan harinya rendaman ini diminum sebagai teh
"teh kalanchoe" diminum untuk merawat pedih hulu hati, atau digunakan
sebagai merawat antibakteria untuk lebam atau sakit kulit. Daun segar yang
ditumbuk hancur digunakan untuk tuam
atau ditampal dibahagian kepala untuk sakit kepala, dan jus yang dicampurkan
dengan sedikit garam digunakan untuk merawat penyakit paru-paru (bronchitis).
Dalam perubatan tradisional melayu setawar digunakan untuk
menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas. Daunnya yang tebal
itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau
membasahkan kepala pesakit.
KEGUNAAN LUARAN
Jus dari daun atau
infusions yang dibuat dari daun digunakan pada kulit untuk mengurangkan
keradangan atau untuk merawat jangkitan bakteria, virus dan kulat. Pulpa daun
atau jus dari daun digunakan ke atas bahagian kecederaan traumatik untuk
menghentikan pendarahan dan menggalak penyembuhan luka. Jus dari daun setawar
apabila berhubung dengan bahagian
arterioles dengan sertamerta akan menghentikan pendarahan sama ada
bahagian luaran mahupun dalaman. Pada jenis luka traumatik, daun setawar yang
dipanaskan dihancur dan ditekapkan pada bahagian itu. Ia mengurangkan
pembengkakan berair (edema) dan menggalakkan penyembuhan luka tanpa
meninggalkan parut.
PENGGUNAAN DALAMAN
Beberapa bahagian dari
pokok setawar, terutamanya bahagian daun, dimakan untuk melegakan batuk,
merendahkan kolesterol, mengurangkan demam, menyembuhkan luka, merawat batu
karang dan merawat jangkitan. Jus dari daun setawar dan biji jintan putih
diberi bersama-sama dengan minyak sapi dua kali ganda dalam kes disenteri. Ia
menghentikan pendarahan, serta merangsangkan usus. Setawar (Parnabija) amat
disyorkan dalam gangguan pendarahan, buasir dan gangguan haid yang
berpanjangan (menorrhagia) -raktapitta.
FUNGSI
SETAWAR (KALANCHOE PINNATA)
Dijadikan sebagai "infusi atau jus daun segar"
mempunyai unsur merawat tekanan sistem saraf, membantu melegakan kesakitan dan
berkualiti anti-radang. Ia juga berkesan apabila digunakan sebagai acuan
ketahanan sistem 'immunemodulator” untuk mengubah fungsi-fungsi imun. Setawar
(Wonder of The World) adalah tumbuhan membantu melegakan sakit otot. Daunnya hanya
perlu dipanas dan ditampalkan pada tempat yang sakit maka rasa kesakitan itu
akan hilang secara ajaib. Jika anda mengalami sakit kaki sepanjang hari, anda
boleh memasukkan beberapa helai daun setawar dengan sedikit air panas dan
rendamkan kaki anda didalamnya. Ia juga boleh membantu dalam sakit kepala,
hipertensi (tekanan darah tinggi), melegakan reumatisme serta ia boleh dibancuh
dibuat teh untuk menyembuhkan batuk. Malah, ia digunakan untuk merawat batu
karang! Setawar (kalanchoe pinnata)
merupakan pokok penyimpan air dan mudah tumbuh walaupun dengan daun. Ia
digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas
dengan cara meramas daunnya dan dimasukkan kedalam air kemudian air itu dipupuk
ke atas kepala.
Selain itu ia digunakan
untuk mencegah penyakit kanser, ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat
mengelak dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.
Untuk mengubat cirit birit: 2 @ 3 helai daun dikisar menjadi
jus yang pekat, tidak perlu ditambah air, jus ini diambil 3 kali sehari dengan
sukatan 3 sudu teh setiap kali.
Untuk kembung perut: 2 helai daun dikisar bersama seinci
kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari, atau daunnya dikisar
menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut. Untuk Bisul dan selumbar:
Daun yang telah ditumbuk juga boleh digunakan sebagai pengubat bisul
dengan cara meletakkan daun yang telah ditumbuk itu disekeliling bisul, atau
panaskan atau seterikakan daun setawar kemudian dibalutkan pada bahagian
terkena bisul atau selumbar biarkan untuk sejam dua kemudian buka dan bersihkan
nanah dan kotoran yang keluar dari bahagian tersebut.
Untuk sakit kepala: Daunnya di seterikakan atau
dipanaskan didalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur sehingga panas,
tampalkan keatas dahi dengan seberapa segera sementara ia masih panas. Jika
daunnya telah sejuk, ulang panaskan semula dan tampalkan ke dahi selama 10
minit.
Untuk Stress / Rheumatism: Panaskan daun sepanas yang anda
mampu bertahan panasnya. Letakkan daun yang panas itu dibahagian yang sakit
sambil baring di atas perut. Jika
terdaya juga letakkan pad panas atau botol air panas ke atas daun supaya haba
berterusan akan membantu untuk melepaskan khasiatnya. Jika anda ingin
meneruskan perjalanan, letakkan daun yang dipanaskan pada tempat yang sakit dan
balutkan ia supaya tidak jatuh.
Untuk Dibuat
Rendaman Kaki:
Ambil sekurang-kurangnya 3 daun setawar, masukkan kedalam besen dan isikan
dengan air panas. Anda juga boleh menambah bahan buih dan bau haruman jika
mahu, minyak menthol, minyak pudina atau minyak daun eucalyptus adalah sesuatu
yang baik digunakan. Merendamkan kaki untuk sekurang-kurangnya setengah jam
untuk rawatan, setelah mengeringkan kaki,
ambil dua helai daun lain, panaskan dan letakkan pada tapak kaki dan
kemudian sarungkan dengan sarung kaki (stokin) untuk semalaman. Nikmatilah keajiban semasa sedang
tidur.
Untuk Sakit Mata
(Styes):
Panaskan daun,
letakkan ia keatas mata untuk satu atau dua minit, 3~6 kali sehari. Selang
selikan rawatan ini dengan rawatan pencuci mata cecair borik. Tetapi dengan
meletakkan daun keatas mata lebih mengurangkan saiz dan kemerahan tembel itu
(stye).
Fungsi: Setawar
(Kalanchoe)
adalah anti-radang,
ini bermakna ia membantu memulihkan bengkak-bengkak, dan ia adalah penggawal
pendarahan (hemostatic), bermakna ia membersihkan haba dan toksin dalam darah
dan membantu menghentikan pendarahan. Ia telah digunakan sebagai tumbuhan
perubatan Barat, serta di China, Hawaii, India dan di bahagian-bahagian lain
didunia. Penggunaan dalam Penghadaman, Pernafasan dan Telinga. Hidung dan Tekak
(ent).
Setawar (Kalanchoe) telah digunakan untuk merawat pelbagai
masalah penghadaman, termasuk muntah darah. Ia juga digunakan untuk merawat
ulser dalam perut dan untuk membantu merangsang usus. Penggunaan dalam pernafasan
termasuk merawat selsema berpunca dari kepala dengan dibuat dalam bentuk tuam,
dan batuk berdarah kekadang berlaku disebabkan radang paru-paru. Setawar juga
digunakan untuk merawat masalah telinga, hidung dan tekak (ENT), termasuk
tonsillitis, masalah resdung dan sakit telinga.
Jangkitan dan Bakteria:
Setawar telah
digunakan untuk merawat jangkitan seperti radang payu dara (mastitis), bisul,
jangkitan telinga, dan lain –lain jangkitan. Ia boleh digunakan untuk merawat
bakteria, dan dianggap tumbuhan anti-bakteria yang terbaik. Ia telah digunakan
ke atas calar dan luka-luka yang berjangkitan sebagai ubatan pencegahan.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan