( kumpulan dari Akademi Felda seramai 38 peserta pada 17.8.2015 )
Gua Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.
Terletak kira-kira 25
km dari bandar Jerantut, gua lagenda ini mempunyai sejarah yang
tersendiri. Gua-gua di sini dikenali dengan nama kota iaitu Kota
Tongkat,
Kota Kepayang,
Kota Rehut,
Kota Gelap,
Kota Angin,
Kota Jin dan Kota
Balai. Gua Kota
Gelanggi sering dikaitkan dengan
orang bunian dan Sang
Kelembai. Terdapat pelbagai bentuk batu yang
menyerupai manusia
bersanding, ular, singa dan sebagainya. Kejadian ini dikaitkan dengan sumpahan Sang
Kelembai iaitu makhluk yang
mempunyai kuasa sakti yang
menyumpah sesuatu menjadi batu. Mengikut kajian Muzium
Negara pada tahun
1981, terdapat bukti bahawa barang-barang yang
dijumpai di dalamnya adalah tinggalan manusia zaman purba.
Terdapat juga pengkaji sejarah mengatakan gua ini pada masa dahulu adalah sebuah negeri yang
besar. Gua ini dipercayai tempat persembunyian
Maharaja Dewa Sura ketika diburu oleh angkatan
Melaka pada abad
ke-15. Pahlawan Melayu
Pahang, Mat Kilau dan Tok
Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa di dalam gua ini. Asal usul nama Gelanggi ini berasal daripada perkataan Siam
iaitu Klang Kio atau Gelang Gio. Pada masa itu, tempat ini dipercayai diminati oleh
orang-orang Siam. Kisah Lagenda menceritakan kawasan ini telah diperintah oleh Raja
Gelanggi yang
mempunyai seorang puteri yang
cantik. Anak Raja
Mambang dari Lipis telah melamar puteri tersebut. Walau bagaimanapun, anak Raja
Usul dari Bera telah bertemu dengan puteri tersebut semasa berburu, lalu jatuh cinta dan bersetuju untuk berkahwin. Perkara ini telah diketahui oleh anak Raja
Mambang lalu menyerang anak Raja
Usul. Anak Raja
Mambang mati dibunuh oleh anak Raja
Usul lalu anak Raja
Usul berkahwin dengan Puteri Gelanggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan