Bunga Pakma atau Rafflesia
merupakan genus sejenis tumbuhan
berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia
dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7
kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia
arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di
bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah diMalaysia.
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh.
Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat
busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia
tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi
menghasilkan gula dan oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar
untuk menyerap air dan mineral dari
tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti
tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa
rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya
sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana
perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain. [1]
Rafflesia
Selalunya apa yang kita lihat adalah
kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini,
kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau
biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah
kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan
bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan
daging atau bangkai yang reput.
Sesetengah percaya bahawa bau busuk
ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam
menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar,
dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara
sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke
dalam tumbuhan perumah.
Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh
dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak
kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan
mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal.
Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini
selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di
kawasan lain.