Nama Botani : Begonia sp.
Famili : Begoniaceae
Pokok asam batu atau lebih dikenali dengan nama begonia
merupakan tanaman hiasan daripada divisi Magnoliophyta. Begonia merupakan
spesis berbunga dalam famili Begoniaceae. Terdapat lebih 1500 spesis pokok
begonia di seluruh dunia. Ianya boleh dibezakan melalui bentuk daun, corak dan
warnanya.
Selain ditanam sebagai pokok hiasan, begonia juga mepunyai
khasiat perubatan. Ia boleh digunakan untuk mengubati luka kecil kerana
pokoknya mengandungi saponin. Ada spesis begonia ini digunakan untuk menurunkan panas badan. Batang pokok ini
mengandung polifenol dan flavonoida. Daun begonia glabra yang segar dibersihkan
dan ditumbuk sehinnga lumat digunakan untuk merawat luka kecil. Gunakan daun
begonia glabra yang ditumbuk lumat untuk dibalut pada luka. Pokok begonia
fimbristipulata pula boleh meredakan demam. Seluruh bahagian pokok dibersihkan
dan direbus. Setelah sejuk, air rebusan tersebut ditapis dan diminum. Ia
dipercayai dapat menurunkan panas badan akibat demam dan mengawal kandungan
gula dalam darah.